Posts

Showing posts from March, 2018

KESIMPULAN

KESIMPULAN Secara kesimpulannya, sebagai seorang muslim, janganlah sesekali kita mensyirikkan Allah SWT.  Kita juga perlulah tidak melakukan perbuatan khurafat dan syirik kerana hal ini menyebabkan mendapat kemurkaan Allah SWT.  Segala kegiatan khurafat dan syirik yang berlebihan dalam industri perfileman perlulah dielakkan dan segera dihapuskan.  Hal ini mungkin tidak memberi impak yang besar dalam keseluruhannya tetapi jika dibiarkan lama ianya pasti memberi kesan buruk kepada keseluruhannya.  Hal ini terbukti dalam firman Allah SWT dalam surah Yunus ayat 106, “Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain daripada Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudharat kepadamu.  Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim”.  Maka dari itu, seharusnya kita lebih berwaspada dalam penghasilan filem yang berunsurkan syirik dan khurafat tanpa tapisan dari piha...
CARA MENGATASI AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM DAN DI KALANGAN PENONTON. Sebagaimana yang diketahui terdapat banyak nilai dan impak yang negatif dalam penghasilan filem yang berunsurkan syirik dan khurafat ini.    Perkara ini terjadi berpunca daripada sikap sesetengah para pengarah filem yang tidak mengambil prihatin tentang penghasilan filem yang hendak diterbitkan terutama yang bertentangan dengan agama.    Kebanyakan filem yang dihasilkan ini mempunyai unsur – unsur khurafat dan syirik yang berlebihan sehingga boleh memberi kesan kepada penonton – penonton yang melihatnya serta memberi pengaruh negatif kepada masyrakat.    Oleh disebabkan ini, pelbagai tindakan penyelesaian yang perlu diambil berat bagi memastikan pengaruh negatif ini berkurangan serta dilupuskan dalam kalangan masyarakat. Antara tindakan yang perlu dilakukan ialah tindakan dari pihak atasan yang memantau dan mengawal penghasilan perfileman di Malaysia.  Pihak utama y...

CARA MENGATASI AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT

CARA MENGATASI AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT Terdapat 3 golongan di mana mereka perlu memberi peranan dalam mengatasi amalan syirik dan khurafat ini. 1 1)   Peranan Kerajaan Pihak kerajaan perlulah mengambil berat mengenai kegiatan amalan syirik dan khurafat yang semakin berleluasa kini.  Hal ini demikian kerana, dengan tindakan dari pihak kerjaan amalan ini dapat dikurangkan sekiranya pihak kerajaan mengambil berat.  Pihak kerajaan juga boleh membuat tindakan seperti mengadakan kempen – kempen kesedaran mengenai keburukan amalan syirik dan khurafat ini terhadap diri, masyarakat, agama serta negara.  Kerajaan juga perlulah memperbanyakkan lagi buku – buku agama mengenai amalan syirik dan khurafat yang dapat memberi kesan buruk pada mereka yang melakukannya. 2 2) Peranan Masyarakat Masyarakat juga perlulah memainkan peranan agar amalan syirik dan khurafat ini dapat dibendung dari berleluasa.  Antaranya ialah masyarakat Melayu memang terkenal dengan ad...

CONTOH AMALAN KHURAFAT DAN SYIRIK DALAM FILEM YANG MEMPENGARUHI PENONTON

CONTOH AMALAN KHURAFAT DAN SYIRIK DALAM FILEM YANG MEMPENGARUHI PENONTON. Pada masa kini, kebanyakan filem seram banyak diterbitkan bagi mendapatkan ribuan penonton.  Hal ini kerana kebayakan penonton lebih memonati filem – filem yang berunsurkan alam ghaib / paranormal.  Namun yang demikian, kebanyakan filem seram di Malaysia menunjukkan amalan khurafat serta syirik kepada penonton contohnya amalan berjumpa dengan bomoh bagi mendapatkan rawatan atau sebagainya.  Hal ini sudah semestinya bertentangan kerana kebayakkan bomoh akan menggunakan makhluk lain bagi mendapatkan pertolongan seperti jin atau setan.  Antara contoh filem yang mempunyai babak mengenai amalan syirik dan khurafat ini ialah filem ‘Ngangkung’, di mana terdapat 3 orang di dalam cerita tersebut berjumpa dengan bomoh bersama – sama ke kubur bagi mendapatkan nombor ekor.  Ketiga – tiga orang tersebut telah menjalankan amalan syirik dengan mengucapkan kata jampi pada kubur tersebut.

AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM DAN CARA MENGATASINYA

HURAIAN ISI TAKRIF KHURAFAT DAN SYIRIK Menurut kitab Al-Mu’jam al-wasit, khurafat ialah cerita-cerita yang dicampuradukkan dengan perkara-perkara yang dusta.  Mengikut  kamus al-Marbawi, khurafat ialah sebarang cerita yang benar-benar dusta.  Pendapat lain menyebut bahawa khurafat ialah sesuatu hal yang tidak masuk akal atau perkara-perkara yang sukar dipercayai kebenarannya.  Menurut Kamus Dewan dan Pustaka, khurafat ialah kepercayaan yang karut, dongeng dan tahyul.  Pengertian khurafat dalam Islam ialah cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam.  Kesimpulannya, takrifan khurafat ini merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut dan dusta.   Manakala, syirik pula ialah suatu perbuatan (dalam sikap atau niat) terutama menyangkut aqidah di mana seseorang melakukan sesuatu bukan sepenuhnya kerana Allah SWT ata...

AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM DAN CARA MENGATASINYA

PENGENALAN Pada era globalisasi kini, kita terdedah dengan pelbagai bentuk hiburan dalam filem dan penyiaran.   Pelbagai jenis hiburan telah disediakan kepada masyarakat sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik.   Namun, hiburan sedemikian rupa hanyalah memberi kealpaan dalam diri manusia di mana kebanyakannya tidak memberi pengajaran kepada penonton.   Industri hiburan tanah air kini semakin hari bertambah pesat   dengan karya pelbagai bentuk filem atau drama tidak kira sama ada berunsurkan komedi, romantik, aksi, mahupun seram. Berdasarkan perkara yang diulas di atas, , isu yang ingin dibangkitkan ialah unsur syirik dan khurafat dalam Islam terutamanya di dalam filem yang kebanyakkannya merosakkan akidah umat Islam.  Dengan kebangkitan filem-filem berunsurkan seram ini telah mendapatkan perhatian ramai pihak.  Ada yang memuji dan menyokong lambakan filem ini dan terdapat juga yang mengkritiknya.  Kebanyakkannya yang mengkritikn...