AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM DAN CARA MENGATASINYA
HURAIAN ISI
TAKRIF KHURAFAT DAN SYIRIK
Menurut
kitab Al-Mu’jam al-wasit, khurafat ialah cerita-cerita yang dicampuradukkan
dengan perkara-perkara yang dusta.
Mengikut kamus al-Marbawi,
khurafat ialah sebarang cerita yang benar-benar dusta. Pendapat lain menyebut bahawa khurafat ialah
sesuatu hal yang tidak masuk akal atau perkara-perkara yang sukar dipercayai
kebenarannya. Menurut Kamus Dewan dan
Pustaka, khurafat ialah kepercayaan yang karut, dongeng dan tahyul. Pengertian khurafat dalam Islam ialah cerita
sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang-larang, adat istiadat,
ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran
Islam. Kesimpulannya, takrifan khurafat
ini merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut dan dusta.
Manakala,
syirik pula ialah suatu perbuatan (dalam sikap atau niat) terutama menyangkut
aqidah di mana seseorang melakukan sesuatu bukan sepenuhnya kerana Allah SWT
atau secara sedar mencampur baurkan keesaan zat Allah SWT dengan unsur – unsur
lain yang menurut ajaran Islam dapat diertikan sebagai perbuatan menyekutukan
Allah SWT.
Comments
Post a Comment