CONTOH AMALAN KHURAFAT DAN SYIRIK DALAM FILEM YANG MEMPENGARUHI PENONTON
CONTOH AMALAN KHURAFAT DAN SYIRIK DALAM FILEM YANG MEMPENGARUHI PENONTON.
Pada masa kini, kebanyakan filem seram banyak diterbitkan bagi mendapatkan ribuan penonton. Hal ini kerana kebayakan penonton lebih memonati filem – filem yang berunsurkan alam ghaib / paranormal. Namun yang demikian, kebanyakan filem seram di Malaysia menunjukkan amalan khurafat serta syirik kepada penonton contohnya amalan berjumpa dengan bomoh bagi mendapatkan rawatan atau sebagainya. Hal ini sudah semestinya bertentangan kerana kebayakkan bomoh akan menggunakan makhluk lain bagi mendapatkan pertolongan seperti jin atau setan.
Antara contoh filem yang mempunyai babak mengenai amalan syirik dan khurafat ini ialah filem ‘Ngangkung’, di mana terdapat 3 orang di dalam cerita tersebut berjumpa dengan bomoh bersama – sama ke kubur bagi mendapatkan nombor ekor. Ketiga – tiga orang tersebut telah menjalankan amalan syirik dengan mengucapkan kata jampi pada kubur tersebut.
Comments
Post a Comment