CARA MENGATASI AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM DAN DI KALANGAN PENONTON.

Sebagaimana yang diketahui terdapat banyak nilai dan impak yang negatif dalam penghasilan filem yang berunsurkan syirik dan khurafat ini.  Perkara ini terjadi berpunca daripada sikap sesetengah para pengarah filem yang tidak mengambil prihatin tentang penghasilan filem yang hendak diterbitkan terutama yang bertentangan dengan agama.  Kebanyakan filem yang dihasilkan ini mempunyai unsur – unsur khurafat dan syirik yang berlebihan sehingga boleh memberi kesan kepada penonton – penonton yang melihatnya serta memberi pengaruh negatif kepada masyrakat.  Oleh disebabkan ini, pelbagai tindakan penyelesaian yang perlu diambil berat bagi memastikan pengaruh negatif ini berkurangan serta dilupuskan dalam kalangan masyarakat.

Antara tindakan yang perlu dilakukan ialah tindakan dari pihak atasan yang memantau dan mengawal penghasilan perfileman di Malaysia.  Pihak utama yang perlu bertindak ialah Suruhanjaya Multimedia Malaysia.  Pihak berkuasa ini mestilah sentiasa memastikan filem – filem yang hendak diterbitkan menepati piawaian yang telah ditetapkan dalan akta.  Filem yang hendak diterbitkan juga perlulah ditapis dan diuji selidik terlebih dahulu secara lebih jelas oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).  Hal ini sekiranya terdapat unsur-unsur seperti mengajar masyarakat mengenai khurafat dan syirik perlulah segera di cegah atau ditapis sebelum diterbitkan.  FINAS juga haruslah mendokumentasi, menyimpan, memelihara dan memulihara bahan kandungan audio visual filem yang dihasilkan secara berkesan.  Hal ini seperti sekiranya terdapat ayat – ayat yang memanggil jin atau setan perlulah ditapis atau dibuang.

Di samping itu juga, para penerbit dan pengarah filem juga perlu sentiasa mematuhi  garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkuasa.  Selain itu, filem yang dihasilkan juga perlulah sesuai mengikut peringkat umur atau peringkat kesihatan masyarakat sebelum ditayangkan.  Seterusnya, anggota masyarakat terutama ibu bapa perlulah memainkan peranan yang penting agar tidak boleh sewenang-wenangnya memberi kelonggaran kepada anak –anak untuk menonton filem seram.  Ibu bapa perlulah bersikap tegas dan memantau tontonan anak – anak mereka dengan memberi perhatian kepada mereka.  Mereka hendaklah memastikan tontonan anak –anak tidak mempunyai unsur – unsur khurafat yang boleh mempengaruhi minda anak –anak.


Oleh itu, semua pihak haruslah saling berganding bahu dan bekerjasama dalam penyelesaian dan pengawalan filem yang berunsurkan syirik dan khurafat ini.

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGATASI AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT

KESIMPULAN

CONTOH AMALAN KHURAFAT DAN SYIRIK DALAM FILEM YANG MEMPENGARUHI PENONTON