CARA MENGATASI AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT

CARA MENGATASI AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT
Terdapat 3 golongan di mana mereka perlu memberi peranan dalam mengatasi amalan syirik dan khurafat ini.

11) Peranan Kerajaan
Pihak kerajaan perlulah mengambil berat mengenai kegiatan amalan syirik dan khurafat yang semakin berleluasa kini.  Hal ini demikian kerana, dengan tindakan dari pihak kerjaan amalan ini dapat dikurangkan sekiranya pihak kerajaan mengambil berat.  Pihak kerajaan juga boleh membuat tindakan seperti mengadakan kempen – kempen kesedaran mengenai keburukan amalan syirik dan khurafat ini terhadap diri, masyarakat, agama serta negara.  Kerajaan juga perlulah memperbanyakkan lagi buku – buku agama mengenai amalan syirik dan khurafat yang dapat memberi kesan buruk pada mereka yang melakukannya.

22)Peranan Masyarakat
Masyarakat juga perlulah memainkan peranan agar amalan syirik dan khurafat ini dapat dibendung dari berleluasa.  Antaranya ialah masyarakat Melayu memang terkenal dengan adat-adat resam dan kepercayaan yang menjadi warisan sepanjang zaman.  Sehingga kini, sesetengah masyarakat di Malaysia masih mengamalkan dan mempercayainya.  Namun, masyarakat perlulah tahu bahawa ada di antara adat – adat dan kepercayaan tersebut adalah perbuatan khurafat dan syirik.  Masyarakat perlulah menjauhi dan sekaligus menghapuskan adat – adat yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi musyrik.

33)Peranan Diri Sendiri


Selain dari pihak kerajaan dan juga masyrakat, diri sendiri juga perlulah sedar bahawa amalan syirik dan khurafat ini perlulah dijauhi.  Memandangkan zaman kini semakin moden, alatan elektronik seperti telefon pintar, komputer riba dan lain-lain memberikan pengaruh yang amat besar kepada semua golongan manusia.  Oleh yang demikian, seseorang muslim perlulah pandai mengawalnya malahan bukannya teknologi yang mengawal diri sendiri.  Kita perlulah pandai menggunakan teknologi dengan betul dan tidak menggunakannya untuk perkara yang boleh ke arah menyekutukan Allah SWT.

Comments

Popular posts from this blog

KESIMPULAN

CONTOH AMALAN KHURAFAT DAN SYIRIK DALAM FILEM YANG MEMPENGARUHI PENONTON