KESIMPULAN
KESIMPULAN
Secara
kesimpulannya, sebagai seorang muslim, janganlah sesekali kita mensyirikkan
Allah SWT. Kita juga perlulah tidak melakukan
perbuatan khurafat dan syirik kerana hal ini menyebabkan mendapat kemurkaan
Allah SWT. Segala kegiatan khurafat dan
syirik yang berlebihan dalam industri perfileman perlulah dielakkan dan segera
dihapuskan. Hal ini mungkin tidak
memberi impak yang besar dalam keseluruhannya tetapi jika dibiarkan lama ianya
pasti memberi kesan buruk kepada keseluruhannya. Hal ini terbukti dalam firman Allah SWT dalam
surah Yunus ayat 106, “Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain
daripada Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak
dapat mendatangkan mudharat kepadamu.
Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau
orang-orang yang berlaku zalim”. Maka
dari itu, seharusnya kita lebih berwaspada dalam penghasilan filem yang
berunsurkan syirik dan khurafat tanpa tapisan dari pihak berkuasa terlebih
dahulu. Akhir sekali, kita hendaklah
sentiasa dituntut untuk sentiasa taat segala perintah dan meninggalkan
laranganNya agar selamat di dunia serta di akhirat.
Comments
Post a Comment