AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM DAN CARA MENGATASINYA


PENGENALAN

Pada era globalisasi kini, kita terdedah dengan pelbagai bentuk hiburan dalam filem dan penyiaran.  Pelbagai jenis hiburan telah disediakan kepada masyarakat sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik.  Namun, hiburan sedemikian rupa hanyalah memberi kealpaan dalam diri manusia di mana kebanyakannya tidak memberi pengajaran kepada penonton.  Industri hiburan tanah air kini semakin hari bertambah pesat  dengan karya pelbagai bentuk filem atau drama tidak kira sama ada berunsurkan komedi, romantik, aksi, mahupun seram.

Berdasarkan perkara yang diulas di atas, , isu yang ingin dibangkitkan ialah unsur syirik dan khurafat dalam Islam terutamanya di dalam filem yang kebanyakkannya merosakkan akidah umat Islam.  Dengan kebangkitan filem-filem berunsurkan seram ini telah mendapatkan perhatian ramai pihak.  Ada yang memuji dan menyokong lambakan filem ini dan terdapat juga yang mengkritiknya.  Kebanyakkannya yang mengkritiknya adalah disebabkan terdapat unsur-unsur negatif yang memberi pengaruh kepada penonton.  Lebih-lebih lagi peringkat remaja dan kanak-kanak yang mudah terpengaruh.

Dari sudut itu, khurafat adalah sesuatu perkara yang karut marut yang menyimpang dari agama Islam.  Tidak sepatutnya kepercayaan-kepercayaan sedemikian menghantui umat Islam sehingga tidak meletakkan Allah SWT sebagai tempat bergantung sewajarnya.  Sebagai umat Islam, perlu membersihkan niat dan pergantungan mereka hanya kepada Allah SWT sahaja.  Selain itu, amalan khurafat boleh mendatangkan kepada syirik yang sudah pasti menjejaskan akidah seseorang Muslim selain hanya mengakibatkan dosa yang tidak teampun disisi Allah SWT.  Firman-Nya yang bermaksud : Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik dan mengampuni dosa selain itu bagi orang yang Dia kehendaki, dan sesiapa yang syirik kepada Allah, maka sesungguh mereka sudah melakukan dosa sangat besar. (Surah An-Nisa, ayat 48)

Ramai dalam kalangan masyarakat gemar menonton filem bergenre seram.  Hal ini, sebenarnya mendorong mereka berasa takut kepada objek yang dijelmakan melalui tontonan filem, setrusnya menimbulkan kepercayaan bahawa objek tersebut boleh mendatangakna keburukan kepada mereka.  Menurut (Tengku Intan, 2001), mentaliti masyarakat Melayu masih terbelenggu oleh unsur-unsur tahyul dan khurafat dan juga menurut pendakwah bebas, Ustaz Daud Che Ngah ada menyatakan unsur seram dan ganas dalam filem menyebakan orang ramai, khususnya kanak-kanak lebih takut kepada watak hantu daripda Allah SWT  dan ia tidak sewajarnya kerana melemahkan minda umat Islam.

Oleh yang demikian, sebagai seorang Muslim, perlu beringat agar tidak terjerumus kepada perkara yang boleh merosakkan akidah.  Dalam menangani perkara itu, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan garis panduan yang perlu digunakan bagi menghasilkan bahan audio ataupun visual supaya tidak bercanggah dengan akudah Islam.  Manakala penggiat seni perfileman tanah air perlu berhati-hati dalam mengarap skrip dalam setiap filem mereka agar tidak terpesong dari ajaran Islam. (Farah Farhana Johari, 2012)  pernah manyatakan, bagi penonton pula tidak seharusnya terlalu taksub dengan hantu yang hanya rekaan manusia semat-mata sedangkan kita harusnya lebih takut kepada azab Allah SWT .  Ingatlah bahawa Allah SWT merupakan pencipta sekalian makhluk.

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGATASI AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT

KESIMPULAN

CONTOH AMALAN KHURAFAT DAN SYIRIK DALAM FILEM YANG MEMPENGARUHI PENONTON