KESIMPULAN
KESIMPULAN Secara kesimpulannya, sebagai seorang muslim, janganlah sesekali kita mensyirikkan Allah SWT. Kita juga perlulah tidak melakukan perbuatan khurafat dan syirik kerana hal ini menyebabkan mendapat kemurkaan Allah SWT. Segala kegiatan khurafat dan syirik yang berlebihan dalam industri perfileman perlulah dielakkan dan segera dihapuskan. Hal ini mungkin tidak memberi impak yang besar dalam keseluruhannya tetapi jika dibiarkan lama ianya pasti memberi kesan buruk kepada keseluruhannya. Hal ini terbukti dalam firman Allah SWT dalam surah Yunus ayat 106, “Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain daripada Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim”. Maka dari itu, seharusnya kita lebih berwaspada dalam penghasilan filem yang berunsurkan syirik dan khurafat tanpa tapisan dari piha...